Hati Kala Cinta versi Musza...
''Perkenalkan namaku Nor Idayu Catherina, aku seorang gadis kacukan Kadazan Dusun dan beragama Islam. Aku berasal dari sebuah daerah di Sabah, iaitu daerah Lahad Datu. Aku anak kelima dari enam orang adik beradik dan bolehlah dikatakan keluarga yang cukup berada. Umurku baru mencecah 22 tahun dan aku baru melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda dalam bidang kejujuteraan di sebuah kolej swasta di Semenanjung Malaysia. Aku cukup berminat dalam bidang ini sehinggakan aku memaksa ibu bapaku untuk membenarkan aku melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan ni. Aku menyewa di sebuah kondominium dengan lima orang rakan serumahku, kesemuanya berasal dari negeri yang berlainan sehingga aku pun susah untuk berkomunikasi dengan mereka disebabkan loghat mereka begitu pelat, lebih-lebih lagi kawanku yang berasal dari Kelantan namun, dialah juga yang sangat rapat dengan aku, namanya Zarina. Orangnya sangat manis dan boleh dikategorikan sebagai muslimah. Di kolej tempat aku menuntut, aku tidak begitu berminat dalam cinta-cinta ni walaupun ramailah juga jejaka yang ingin mengorat aku. Aku lebih suka berkawan daripada mempunyai teman lelaki sebab aku sedar jodoh tu rahsia Allah dan bila-bila masa saja pasti akan tiba walaupun tak diduga. Selain Zarina, aku juga mempunyai seorang sahabat lelaki yang rapat denganku, namanya Adrian, berasal dari Sabah juga iaitu daerah Tawau dan semestinya dia berbangsa Bugis penuh. Orangnya putih, tinggi, cute dan paling aku suka dengannya adalah sifatnya yang baik dan jujur dalam berkawan, dia juga tak pernah mengambil kesempatan dengan aku mahupun kawan-kawanku yang lain. Setelah berkenalan dalam masa yang begitu lama, akhirnya Adrian mempunyai seorang teman wanita, namanya Syakilah dan orangnya cukup cantik dan kelebihannya yang pandai dalam bersolek, jadi tak hairanlah dia dengan kawan-kawannya cukup terkenal di kolej ini. Tapi aku tak tahu kenapa aku seperti merasa cemburu dengan hubungan mereka sedangkan aku dan Adrian cuma berkawan saja.''
bersambung...

No comments:
Post a Comment